Politeknik Mukah (PMU) sekali lagi mencatat pencapaian yang membanggakan dalam UI GreenMetric World University Rankings 2025, hasil komitmen berterusan warga kampus dalam mengarusperdanakan amalan kelestarian, inovasi hijau dan pengurusan kampus mampan.

Pencapaian PMU dalam UI GreenMetric 2025:

  • Kedudukan Politeknik: #4
  • POLYCC: #5
  • Malaysia: #21
  • Dunia: #373

Pencapaian ini membuktikan kesungguhan PMU dalam memperkukuh inisiatif SmartGreen, memantapkan pengurusan tenaga, sisa, pengangkutan, pendidikan kelestarian, air dan infrastruktur hijau kampus.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada seluruh warga PMU, JK SmartGreen PolyCC PMU, pensyarah, staf, pelajar, UPPF, UPA, UKP, jabatan akademik, EKSA dan unit-unit sokongan lain yang telah memberikan komitmen, kerjasama serta usaha berterusan dalam menyediakan data, dokumentasi dan pelaksanaan program sepanjang proses penilaian UI GreenMetric tahun ini.

Semoga momentum ini terus mengukuhkan kedudukan PMU sebagai institusi TVET hijau yang unggul serta mendorong lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

 

Galeri: