Program: Program Sport Family Day Out (SEFADO) 2025 oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik
7 - 8 Februari 2025
Program Sport Family Day Out (SEFADO) 2025 anjuran Unit Sukan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dengan kerjasama Kelab EEA telah berlangsung dengan meriah selama dua hari pada 7–8 Februari 2025. Pelbagai acara sukan dan permainan, baik indoor mahupun outdoor, seperti bola tampar, badminton, memanah, futsal kampung, catur, dam ular, scrabble, karom, dodgeball, tarik tali dan banyak lagi, telah memeriahkan program ini dengan penyertaan aktif daripada staf dan pelajar.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan aktiviti seperti ini dalam membentuk keperibadian seimbang berteraskan elemen JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek), serta menyemai semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga jabatan.
Rumah Sukan LED dinobatkan sebagai juara keseluruhan SEFADO 2025. Program ini diharapkan dapat menjadi acara tahunan yang lebih meriah dan berimpak pada masa hadapan.
Sumbangan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
Program ini menyumbang secara langsung kepada:
- SDG 3: Good Health and Well-Being – dengan menggalakkan gaya hidup sihat, kecergasan fizikal, dan kesihatan mental melalui aktiviti sukan.
- SDG 4: Quality Education – dengan memupuk nilai pembelajaran berasaskan pengalaman serta pembangunan sahsiah holistik dalam kalangan pelajar dan staf.
- SDG 16: Peace, Justice and Strong Institutions – melalui pengukuhan hubungan sosial, semangat berpasukan, dan suasana kerja yang harmoni.
- SDG 17: Partnerships for the Goals – dengan melibatkan kerjasama antara unit dan kelab dalaman dalam merealisasikan matlamat bersama.
Galeri: