Program: Be-Leave In Red
12 Oktober 2024
Aktiviti Jabatan Kejuruteraan Awam
Penceramah: Mohd Rizal Bin Khatib
Laporan Aktiviti
Program Be-Leave In Red telah dilaksanakan pada 12 Oktober 2024 (hari Sabtu) di perkarangan Jabatan Kejuruteraan Awam. Jumlah peserta yang telah menyertai kursus ini ialah seramai 9 orang. Kursus ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan anggota organisasi dan masyarakat serta meningkatkan kehijauan di Politeknik Mukah.
Be-Leave In Red merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah, Sarawak. Aktiviti ini adalah salah satu inisiatif untuk memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar kepada para pelajar Kejuruteraan Awam. Sebanyak 40 batang pokok berdaun merah jenis Iresine diffusa f. lindenii telah ditanam di sekitar bangunan Kejuruteraan Awam. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha kelestarian yang dijalankan untuk mencantikkan persekitaran bangunan Jabatan Kejuruteraan Awam.
Impak
Proses penanaman dan pemuliharaan alam sekitar dapat diterapkan dalam jiwa para pelajar demi kepentingan generasi akan datang. Para peserta berpendapat bahawa penceramah telah berjaya melaksanakan program dengan baik. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa objektif kursus ini telah tercapai. Dicadangkan agar kursus ini dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap alam sekitar.
Galeri: