Deep Burgundy Beauty For Any Border

Tarikh: 16 Januari 2026
Lokasi: Jabatan Kejuruteraan Awam
Penyelaras: Rahayu binti Ali

Laporan Aktiviti:

Program praktikal SmartGreen oleh Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah ini melibatkan penanaman 40 batang pokok AlternantheraLittle Ruby sebagai elemen landskap yang estetik dan lestari. Spesies ini dipilih kerana mempunyai dedaun berwarna merah hati (burgundy) yang pekat, sifat yang tahan lasak serta memerlukan penyelenggaraan yang rendah. Melalui teknik penanaman dua baris secara berselang-seli (zigzag) sepanjang 3 meter, tanaman ini bakal menghasilkan sempadan (border) yang tebal dan kemas, sekali gus memberikan kesan visual seperti “pagar rendah” yang mewah. Selain mencantikkan persekitaran jabatan, kepadatan daun daripada susunan ini dijangka mampu mengoptimumkan penyerapan sehingga 40 kg CO₂ setahun, menjadikannya pilihan yang baik untuk pengurusan landskap yang hijau dan mesra alam.

Impak:

Program penanaman AlternantheraLittle Ruby’ menyumbang kepada kelestarian melalui peningkatan kawasan hijau yang membantu menyerap karbon dioksida (CO₂), meningkatkan kualiti udara, mengurangkan suhu persekitaran serta menyokong biodiversiti. Selain memerlukan penyelenggaraan yang rendah, program ini turut meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta menyokong SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

 

Galeri: