Program: Portable Gutter Cleaner Bagi Kegunaan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)
1 Januari 2024

Merupakan projek semester akhir pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam.

Pelajar:

  • Alvin Kasin Anak Roland
  • Muhammad Aqil Zikrillah Bin Nordin

Penyelia:

  • Masalinda binti Mansor (Jabatan Kejuruteraan Awam)
  • Rosidi bin Muhamad Nor (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal)

Dengan Kerjasama:

  • Sophian bin Sout (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
  • SmartGreen PolyCC PMU
  • Mohammad Fadzli bin Jawawi (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam)

Laporan Aktiviti

Portable Gutter Cleaner ialah alat pembersihan gutter yang direka untuk menyelesaikan masalah gutter tersumbat dan gutter sukar dicapai. Alat ini membolehkan pengguna mudah membawa ke kawasan yang memerlukan penyelenggaraan tanpa memerlukan pemasangan kekal. Reka bentuk yang fleksibel dan boleh laras membolehkan Portable Gutter Cleaner mencapai sudut yang sukar dicapai.

Inovasi ini dihasilkan selaras dengan keperluan Undang-undang Malaysia di bawah Akta 133 (Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974), Seksyen 54 menyatakan bahawa salur dan alur air di bawah kawalan pihak berkuasa tempatan perlu disenggara. Inovasi Portable Gutter Cleaner dihasilkan bagi membantu pihak pengurusan Politeknik Mukan dalam melaksanakan aktiviti pembersihan gutter.

Penghasilan projek ini bermula pada 1 Januari 2024. Penghasilan dilaksanakan oleh pelajar dengan bantuan penyelia di bengkel Projek Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.  Ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada 1 April 2024. Uji lari telah dijalankan di sekitar Politeknik Mukah dan di kawasan sekitar Pasar Oya, Mukah.  Bagi menguji keberkesanan inovasi, sesi ujilari telah dijalankan terhadap 4 jenis gutter. Selepas pengujian dijalankan, didapati bahawa Portable Gutter Cleaner sangat sesuai digunakan untuk gutter K Style. Dalam tempoh 10 saat, inovasi ini dapat bergerak sejauh 6 meter dengan kelajuan 0.22m/s. Alat yang ringan, mesra alam dan dapat membantu pembersihan gutter, sebagaimana keperluan dalam undang-undang Malaysia dapat membantu memudahkan aktiviti pembersihan bangunan dengan efektif.

Galeri: