Program: Recycled Steps, Sustainable Paths

3 Jun 2025

Program Recycled Steps, Sustainable Paths merupakan inisiatif anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah, Sarawak.
Aktiviti ini bertujuan menyediakan pelajar Kejuruteraan Awam untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
Pengajaran dan pembelajaran berkaitan aktiviti ini merupakan sebahagian daripada silibus kursus DCC30082 Industrialised Building System (IBS) in Sustainable Construction.

Program ini melatih pelajar menghasilkan 100 biji stepping stone menggunakan sisa bahan terpakai daripada bengkel-bengkel Jabatan Kejuruteraan Awam.
Aktiviti ini juga menjadi sebahagian daripada inisiatif Politeknik Mukah ke arah sebuah kampus lestari, selain menyokong pembangunan Landskap Hijau Politeknik Mukah, Sarawak.

Objektif Program

i. Mendedahkan pelajar kepada penggunaan semula sisa buangan bengkel menjadi produk baharu yang memberi manfaat kepada pengguna.
ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan tugasan secara hands-on.
iii. Mengurangkan masalah pelupusan sisa bengkel dan makmal Jabatan Kejuruteraan Awam.

Hasil Program

1. Mengaplikasikan Pengetahuan Kejuruteraan Awam dalam Projek Nyata

  • Pelajar dapat menerapkan ilmu kejuruteraan seperti reka bentuk campuran konkrit, teknik pembinaan, dan penilaian struktur pada projek sebenar.

2. Mengukuhkan Jalinan Kerjasama antara Pelajar, Pensyarah, dan Komuniti Kampus

  • Program ini mewujudkan interaksi positif antara pelajar, pensyarah, serta komuniti politeknik melalui aktiviti gotong-royong dan projek komuniti.


Sumbangan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

  • SDG 11: Fokus kepada pembangunan kampus lestari melalui infrastruktur mesra alam.
  • SDG 12: Menekankan kepentingan kitar semula dan circular economy (ekonomi kitaran).
  • SDG 13: Membantu mitigasi perubahan iklim melalui pengurangan sisa.

 

Galeri: