Program: Kursus Pemantapan Kemahiran Pembinaan Sistem Pertanian Moden (Hidroponik) dan Pemuliharaan Pondok Utama JKA
2 Feb 2023 - 3 Feb 2023
Anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam

Merupakan sebuah program yang dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada staf Jabatan Kejuruteraan Awam dan AJK SmartGreen Politeknik Mukah berkaitan dengan cara-cara pemasangan system hidroponik. Penerangan jelas cara pemasangan diberikan oleh Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam. Aktiviti dijalankan secara bersemuka, secara teori dan praktikal.
Semua peserta terlibat perlu melakukan pemasangan dari awal (pemotongan) sehingga siap. Aktiviti ini sangat membantu dalam memberi kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar di Politeknik Mukah.

Galeri: