Program: Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) Untuk Kegunaan Tandas Pelajar Lelaki Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
12 Jun 2024

Merupakan projek semester akhir pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam.

Pelajar:

  • Christina Olivia Anak Franki Paul
  • Percival Panai Purait
  • Louisa Nayun Anak Minggu

Penyelia:

  • Masalinda binti Mansor (Jabatan Kejuruteraan Awam)
  • Rosidi bin Muhamad Nor (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal)

Dengan Kerjasama:

  • Sophian bin Sout (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
  • SmartGreen PolyCC PMU
  • Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Fasiliti (UPPF)
  • Mohammad Fadzli bin Jawawi (Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam)
  • Ts. Mohd Ghafran bin Mohamed (Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal)

Laporan Aktiviti

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS), (1984) menyatakan bahawa Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah sebuah sistem dimana proses pengumpulan dan penggunaan semula air hujan yang dikumpul daripada bumbung bangunan. Air hujan ini kemudian disalurkan ke tangki penyimpanan sebelum digunakan semula untuk tujuan tertentu. Inisiatif SPAH bertujuan mengurangkan pergantungan kepada air bersih atau air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air.

Projek pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) ini telah dimulakan pada 12 Jun 2024. Pemasangan dilaksanakan oleh pelajar dengan bantuan Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Fasiliti (UPPF). Pemasangan sistem perpaipan dan tadahan yang lengkap termasuk dengan sistem pendawaian telah disiapkan pada 18 Jun 2024.

Tangki berjaya dipenuhkan pada 24 Jun 2024, rentetan daripada jumlah hujan yang tinggi di kawasan Mukah. Kajian penggunaan dan penjimatan air akan dijalankan bermula dari 1 Julai 2024 sehingga 1 November 2024 (bagi tujuan penulisan data projek akhir pelajar). Data akan terus diambil sepanjang tahun sebagai analisa penjimatan air oleh pihak SmartGreen PolyCC PMU.

Galeri: