Program: Lawatan Penanda Aras UI GreenMetric 2025 ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu
6 Mei 2025
Anjuran: Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PMU
Politeknik Mukah (PMU), melalui Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PMU, telah melaksanakan satu lawatan penanda aras ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu pada 6 Mei 2025. Lawatan ini merupakan inisiatif utama dalam memperkukuh pelaksanaan UI GreenMetric 2025 di PMU.
Seramai 13 orang pegawai yang juga merupakan ahli Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PMU telah terlibat dalam lawatan ini, yang diketuai oleh Pengarah PMU sendiri. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mempelajari amalan terbaik daripada pihak UTS dalam pelaksanaan inisiatif kelestarian kampus, khususnya dalam aspek tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa, pendidikan lestari, dan kampus hijau.
Objektif Lawatan
- Meningkatkan kualiti pelaksanaan kampus hijau di PMU.
- Memenuhi syarat dan kriteria penarafan UI GreenMetric 2025.
- Menjalin kerjasama strategik serta perkongsian ilmu dengan UTS.
- Memperkasa dokumentasi dan penambahbaikan fasiliti lestari PMU.
Antara Pengisian Program
- Taklimat pelaksanaan UI GreenMetric dan semakan keperluan dokumen
- Perkongsian dua hala antara PMU dan UTS
- Lawatan ke fasiliti kampus hijau dan UTS Smart Home
Lawatan ini turut membuka peluang kepada PMU untuk memperkukuh dokumen pelaporan serta menilai potensi kolaborasi bersama UTS dalam bidang penyelidikan dan inovasi hijau. Aktiviti ini telah diselaraskan oleh Jawatankuasa SmartGreen PMU yang menyokong SDG 4, 7, 11, 13 dan 17.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan urus setia yang telah menjayakan lawatan ini. Bersama-sama kita menuju ke arah kampus lestari yang berimpak tinggi.
#SmartGreenPMU #UIGreenMetric2025 #PMUHijau #Kelestarian #GreenCampus #SDG
Galeri: