KUNJUNGAN PENANDA ARAS POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS) KE POLITEKNIK MUKAH (PMU): MEMPERKASA AGENDA KAMPUS LESTARI 

MUKAH, 15 April 2026 – Politeknik Mukah (PMU) melalui Jawatankuasa SmartGreen PolyCC berbesar hati menerima kunjungan delegasi lawatan penanda aras daripada Jawatankuasa SmartGreen PolyCC Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Rombongan yang terdiri daripada tujuh orang staf PKS ini hadir dengan misi utama untuk memperkasakan agenda kelestarian kampus, selaras dengan aspirasi penarafan UI GreenMetric World University Rankings dan PolyCCSustAward.
Sepanjang lawatan tersebut, pelbagai pengisian padat dan bermanfaat telah dijalankan, antaranya:
  • Sesi Perkongsian Dokumen Bukti (Evidence): Pertukaran amalan terbaik bagi tujuh kategori utama UI GreenMetric.
  • Lawatan Tapak Fasiliti Hijau PMU: Delegasi dibawa melawat tapak inisiatif kelestarian PMU seperti fasiliti penjimatan tenaga, tapak pengurusan sisa, dan sistem rawatan air (termasuk Smart Water Dispenser dan Sistem Penuaian Air Hujan – SPAH).
  • Pemeteraian Surat Hasrat (Letter of Intent): Satu Surat Hasrat kelestarian kampus dan penyelidikan hijau antara PMU dan PKS telah dipersetujui bagi merintis inisiatif projek inovasi, serta sekurang-kurangnya satu penerbitan kertas kerja penyelidikan bersama pada masa hadapan.
Sebagai rekod, PMU telah berjaya melakar sejarah cemerlang dalam UI GreenMetric 2025 dengan menduduki ranking ke-373 di peringkat dunia, ke-21 di Malaysia, dan ke-4 dalam kalangan Politeknik Malaysia.
 
Perkongsian dua hala ini pastinya menjadi medium terbaik untuk kedua-dua institusi saling melengkapi ke arah kecemerlangan pengurusan fasiliti hijau.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PMU dan PKS! Semoga jalinan kerjasama strategik ini terus utuh dalam melonjakkan nama institusi TVET di persada kelestarian antarabangsa.

 

Galeri: