Program: Grow Like A Flower, Not A Weed
2 November 2024
Aktiviti Jabatan Kejuruteraan Awam
Penceramah:
- Mohd Rizal Bin Khatib
- Mazlin Wellington
Laporan Aktiviti
Program Grow Like A Flower, Not A Weed telah dilaksanakan pada 2 November 2024 (hari Sabtu) di perkarangan bengkel Jabatan Kejuruteraan Awam. Jumlah peserta yang telah menyertai kursus ini ialah seramai 22 orang. Kursus ini bertujuan untuk memupuk kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan anggota organisasi dan masyarakat serta meningkatkan kehijauan di Politeknik Mukah.
Grow Like A Flower, Not A Weed merupakan satu program anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah, Sarawak. Aktiviti ini adalah salah satu inisiatif untuk memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar kepada para pelajar Kejuruteraan Awam. Sebanyak 20 batang pokok Giant Taro telah ditanam di sekitar bangunan bengkel dan makmal Kejuruteraan Awam. Ia merupakan sebahagian daripada program kelestarian yang dijalankan untuk mencantikkan persekitaran bangunan Jabatan Kejuruteraan Awam.
Impak
Para pelajar berpeluang mempelajari cara merekabentuk landskap dengan baik. Proses penanaman dan pemuliharaan alam sekitar dapat diterapkan dalam jiwa para pelajar demi kepentingan generasi akan datang. Berdasarkan analisis keberkesanan kursus yang dijalankan terhadap para peserta, dari segi penilaian terhadap penceramah, pelaksanaan program dan keberkesanan bahan latihan — semuanya mencapai tahap kepuasan tertinggi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa objektif kursus ini telah tercapai. Dicadangkan agar kursus ini dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap alam sekitar.
Galeri: