Program: Bengkel Pembudayaan Teknologi Hijau oleh Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam
22 - 23 Januari 2025

Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkukuh amalan kelestarian kampus serta memupuk budaya penggunaan teknologi hijau dalam kalangan warga Politeknik Mukah (PMU). Bengkel ini telah disertai oleh pelajar, pensyarah, dan staf pentadbiran PMU. Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta telah didedahkan kepada konsep teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui, serta amalan kelestarian yang boleh diterapkan di kampus dan dalam kehidupan seharian.

Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk sesi taklimat, bengkel amali berkaitan tenaga hijau, dan pemasangan panel solar di laluan pejalan kaki menuju ke Pusat Islam, yang merupakan lokasi utama pelaksanaan inisiatif hijau PMU.

Selain meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar, bengkel ini turut membuka peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam projek inovasi hijau seperti pembangunan teknologi tenaga boleh diperbaharui berskala kecil serta penerapan prinsip 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam projek kampus. Program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya:

  • SDG 4: Pendidikan Berkualiti
  • SDG 7: Tenaga Bersih dan Mampu Milik
  • SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari
  • SDG 13: Tindakan Terhadap Perubahan Iklim
  • SDG 17: Kerjasama untuk Matlamat

Secara keseluruhan, bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PMU dalam merealisasikan sasaran UI GreenMetric 2025, sekali gus menjadi pemangkin ke arah mewujudkan kampus lestari yang lebih inovatif dan berimpak tinggi. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan dan diperluas pada masa akan datang demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat.

 

Galeri: