Program: Bengkel Asas Sistem Tenaga Solar oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik
18 Februari 2025

Pada 18 Februari 2025, Bengkel Asas Sistem Tenaga Solar telah dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Mukah, sebagai sebahagian daripada Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) 2025. Bengkel sehari ini telah diadakan di Makmal Projek JKE dan disertai oleh 19 orang staf JKE.

Dikendalikan oleh Encik Samsawi Bin Bujang dan Puan Diana Anak Ringgau, bengkel ini memberikan pendedahan teori dan amali berkaitan teknologi tenaga solar, termasuk komponen utama sistem, pemasangan asas, teknik penyelenggaraan, serta kaedah penyelesaian masalah. Sesi soal jawab turut diadakan bagi memperkukuh pemahaman para peserta.

Maklum balas yang diterima menunjukkan keberkesanan program ini mencapai tahap 100%, dengan peserta melaporkan peningkatan kefahaman dan keyakinan untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam tugas harian mereka.

Program ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui latihan berterusan kepada staf, serta SDG 7: Tenaga Bersih dan Mampu Milik dengan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai teknologi tenaga boleh diperbaharui. Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektifnya dan wajar diteruskan bagi menyokong pembangunan tenaga hijau serta agenda kelestarian negara.

 

Galeri: