CARPOOL SQUAD PMU – KONGSI KENDERAAN, KURANG KESESAKAN, LEBIH HIJAU!
Masih ingat lagi keseronokan berkongsi kenderaan ke kampus pada pertengahan bulan lepas? Jom kita imbas kembali impak positif daripada kempen Carpool Squad PMU.
Program anjuran JK SmartGreen PolyCC PMU ini telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang pada 13 hingga 17 April 2026. Sepanjang lima hari pelaksanaannya, warga PMU telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyokong amalan mobiliti hijau lestari di kampus.
Antara impak program Carpool Squad PMU ialah:
• mengurangkan kesesakan tempat letak kereta serta menjimatkan kos perjalanan harian melalui perkongsian kos petrol dan tol;
• mengurangkan jejak karbon dengan mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang memasuki kampus serta kesesakan lalu lintas pada waktu puncak; dan
• mengeratkan hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga kampus.
Peserta program turut menikmati kemudahan ruang parkir khas yang strategik dan mudah diakses. Selain itu, ramai peserta telah mengambil gambar bersama rakan di dalam kenderaan dan menghantar bukti penyertaan untuk memenangi hadiah yang disediakan.
Tanpa disedari, inisiatif ini telah membantu menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 11 (Bandar dan Komuniti Lestari), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab), SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim), serta SDG 17 (Kerjasama untuk Matlamat). Penyertaan warga PMU juga secara langsung menyumbang kepada peningkatan skor penarafan UI GreenMetric 2026 bagi institusi kita.
Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga PMU yang telah menyokong inisiatif ini. Penghargaan istimewa juga ditujukan kepada Pengarah Program, En. Saifuddin bin Abdullah, yang telah merealisasikan amalan terbaik mobiliti hijau di peringkat politeknik.
Jadikan amalan berkongsi kenderaan sebagai budaya berterusan demi kesejahteraan bersama dan kelestarian alam sekitar.
Galeri: