Program: Harnessing Sun, Rain, and Responsibility

17 Mei 2025

Harnessing Sun, Rain, and Responsibility merupakan salah satu aktiviti yang mendedahkan pelajar kepada kepentingan sistem solar serta penggunaan air hujan bagi penjanaan elektrik.
Ia merupakan salah satu langkah awal ke arah menjadikan Politeknik Mukah sebuah kampus lestari.
Pelajar turut didedahkan kepada penggunaan semula sisa buangan bengkel menjadi produk baharu yang memberi manfaat kepada pengguna.
Sisa ini dijadikan turbine bagi menjana elektrik menggunakan arus air hujan.

Kepentingan Program

Memperkasa Amalan Kitar Semula dan Pengurangan Sisa dalam Kalangan Pelajar

  • Pelajar memahami konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) melalui penggunaan semula sisa konkrit dan bahan buangan sebagai bahan binaan landskap.

Meningkatkan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Pelajar

  • Pelajar berpeluang mempraktikkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, dan penyelesaian masalah sepanjang pelaksanaan projek.

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

SDG 11: Sustainable Cities and Communities (Bandar dan Komuniti Lestari)

  • Menyokong pembangunan persekitaran kampus yang lebih hijau, selesa, dan kondusif untuk warga politeknik.
  • Menggalakkan amalan hijau dalam landskap kampus melalui penanaman pokok yang dapat mencantikkan dan memberi manfaat kepada alam sekitar.
  • Menjadikan kampus sebagai contoh komuniti lestari yang mengutamakan penjagaan alam sekitar.

SDG 12: Responsible Consumption and Production (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab)

  • Menggalakkan penggunaan sumber secara berhemah melalui pemeliharaan dan penjagaan pokok yang ditanam.
  • Mendorong pelajar memanfaatkan bahan kitar semula dalam aktiviti landskap, contohnya penggunaan baja kompos daripada sisa organik.
  • Memupuk kesedaran tentang kepentingan pengurusan sumber secara bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.

SDG 13: Climate Action (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim)

  • Menyumbang kepada usaha mitigasi perubahan iklim melalui penanaman pokok yang membantu menyerap karbon dioksida dan memperbaiki kualiti udara di sekitar kampus.
  • Memberi kesedaran kepada pelajar tentang peranan tumbuhan dalam menyeimbangkan ekosistem dan menurunkan suhu persekitaran.
  • Menggalakkan tindakan proaktif dalam memelihara alam sekitar melalui aktiviti penanaman dan penjagaan pokok.

 

Galeri: