PROGRAM GREENSTRIDE: JELAJAH SIHAT KAMPUS LESTARI
9 Jun 2026 | Sekitar PMU
Politeknik Mukah (PMU) telah berjaya menganjurkan Program GreenStride: Jelajah Sihat Kampus Lestari bersempena dengan Inisiatif Car Free Day PMU Siri Jun 2026. Program yang dianjurkan oleh JK SmartGreen PolyCC PMU dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga PMU.
Program yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat ini melibatkan aktiviti brisk walk yang disertai oleh Pengurusan Tertinggi, Ketua Jabatan, Ketua Unit serta warga PMU sebagai usaha memupuk budaya hidup sihat dan memperkukuh komitmen terhadap kelestarian kampus. Aktiviti ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Akademik, En. Iskandar bin Reduan, dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Mohamad Sobri bin Suhaili, bersama barisan pengurusan PMU. Penglibatan mereka mencerminkan komitmen kepimpinan melalui teladan (leadership by example) dalam menjayakan agenda kampus hijau dan gaya hidup sihat.
Aktiviti brisk walk bermula dari Bangunan Pentadbiran PMU dan berakhir di JSKK. Program turut dimulakan dengan sesi bergambar beramai-ramai dan regangan badan sebelum pelepasan peserta, diikuti dengan sesi penyejukan badan serta jamuan ringan pada penghujung program. Selain menggalakkan amalan gaya hidup aktif, program ini turut menyokong usaha mewujudkan persekitaran kampus yang lebih hijau, kondusif dan rendah karbon. Suasana kampus yang lebih tenang dan segar tanpa gangguan pencemaran asap serta bunyi kenderaan membuktikan sokongan padu warga PMU terhadap inisiatif Car Free Day.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dalam memperkukuh kesejahteraan warga kampus serta memperkasakan PMU sebagai kampus lestari yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
"Langkah Sihat, Kampus Lestari: Bersama Sokong Bebas Karbon"
Galeri: