PMU Unggul di Pertandingan Video Pendek JAS dan Aktif Menyokong Program Kesedaran Alam Sekitar!

Politeknik Mukah (PMU) melakar kejayaan manis di Pertandingan Video Pendek anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak bersempena Program Komuniti Peningkatan Kesedaran Pembakaran Terbuka dan Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut.
Program ini berlangsung di Dewan UiTM Mukah pada 19 Ogos 2025, jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, dengan penglibatan Pejabat Residen Mukah, UiTM Mukah, dan Sarawak Energy Berhad. PMU hadir dengan kira-kira 250 pelajar bersama pensyarah pengiring.

Sepanjang program, peserta menyertai pameran dan demonstrasi, termasuk demonstrasi keselamatan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, demonstrasi peralatan pemantauan (RI) oleh JAS, serta siri ceramah mengenai infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut, kawalan kebakaran, larangan pembakaran terbuka (NREB), dan kesan jerebu terhadap kesihatan.
Pengisian ini seiring dengan komitmen PMU terhadap kelestarian, selari dengan SDG 4 (Quality Education – Pendidikan Berkualiti), SDG 11 (Sustainable Cities and Communities – Bandar dan Komuniti Lestari), serta SDG 13 (Climate Action – Tindakan Iklim).

Keputusan Pertandingan Video Pendek

Johan: DEP Production – Muhammad Nur Faizzuddin Hakimi bin Ibrahim Abdullah & Muhammad Haziq Hazim bin Abdullah (pelajar JKE)

Naib Johan: Seventh – Carlteddy Kassa anak Jeremy (pelajar JKE)

Ketiga: Sahabat Alam – Elvina Helen anak Jeffery & Arvinicia Eunellyn binti Aking (pelajar JKE)

Saguhati: PMU Incinerator Filter – Victor Adam anak Clement; Mohammad Fitri Zahid bin Ismail; Shahmiezan bin Sukri (pelajar JKA)

Saguhati: BTC Squad PMU – Welther Lian Raymond; Thaddeus Alister bin Leo; Kennethdy Uju anak Standly (pelajar JKA)

Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah berupa barangan elektrik yang dimenangi ramai pelajar PMU. Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua peserta yang berkarya demi menyebarkan mesej kelestarian.

PMU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JAS Sarawak dan semua rakan kolaborasi. PMU kekal komited meningkatkan kesedaran untuk menghentikan pembakaran terbuka, melindungi tanah gambut, dan memelihara kualiti udara demi kesejahteraan komuniti Mukah.

#PoliteknikMukah #PMU #SmartGreenPolyCC #JASSarawak #UiTMMukah #SayangiAlamSekitar #HentiBakarTerbuka #SDG4 #SDG11 #SDG13

 

Galeri: