Program: Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai - “Tukar Sisa Dapat Duit”
01 April 2023

Tahniah diucapkan kepada warga PMU yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam mengumpul dan menjual minyak masak terpakai dari 01 Januari 2023 - 31 Mac 2023 dengan jumlah jualan 339kg. 

Tujuan program ini adalah melatih warga PMU mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian, memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menjana kewangan dari hasil penjualan bahan kitar semula.

Program ini adalah kerjasama bersama syarikat Sekitar Bumi Hijau Sdn. Bhd, SBH dan Natural Resources and Environment Board Sarawak, NREB.

Galeri: