Program: Satu Sumbangan, Seribu Senyuman oleh Unit Pandu Puteri, PMU
6 Mac 2025

Politeknik Mukah Sarawak (PMU), melalui Unit Pandu Puteri, telah berjaya melaksanakan Program CSR Pandu Puteri "Satu Sumbangan, Seribu Senyuman" bagi Sesi II 2024/2025. Program ini bertujuan memupuk nilai kesukarelawanan serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan pelajar PMU.

Seramai 19 orang pelajar telah terlibat sebagai peserta dan jawatankuasa pelaksana, yang bertanggungjawab mengumpul, menyusun, serta mengasingkan pakaian terpakai untuk disumbangkan sempena sambutan Hari Raya 2025. Aktiviti ini bukan sahaja meringankan beban golongan yang memerlukan, malah turut mendidik pelajar mengenai kepentingan penggunaan semula barangan (reuse) dan pengurangan sisa buangan tekstil.

Selain mencapai objektif sosial, program ini turut memberi impak positif kepada usaha kelestarian kampus. Dengan mengamalkan prinsip 3R (Reduce, Reuse, Recycle), para pelajar didedahkan kepada kepentingan meminimumkan pembaziran dan menyokong pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif ini secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya:

  • SDG 4: Pendidikan Berkualiti
  • SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari
  • SDG 12: Konsumsi dan Pengeluaran Bertanggungjawab
  • SDG 13: Tindakan Terhadap Perubahan Iklim
  • SDG 17: Kerjasama untuk Matlamat

Sepanjang program, para peserta meluahkan rasa bangga dan berharap agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan kerana ia bukan sahaja memberi pengalaman bermakna, malah membantu golongan memerlukan. Program CSR ini juga merupakan antara usaha ke arah menjadikan PMU sebagai kampus yang lebih lestari, selaras dengan aspirasi SmartGreen PMU.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jawatankuasa Pandu Puteri PMU atas kejayaan melaksanakan program ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.

#SmartGreenPMU #CSRPMU #PanduPuteriPMU #Kelestarian #SatuSumbanganSeribuSenyuman #SDG

 

Galeri: