Program: Lawatan Penanda Aras ke Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS)
7 Ogos 2025
Program Lawatan Penanda Aras ke Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) merupakan langkah strategik dalam usaha memperkasa ekosistem pendidikan TVET dan keusahawanan.
TEGAS berperanan sebagai pemangkin inovasi, teknologi, dan pembangunan bakat muda Sarawak melalui sokongan kepada syarikat pemula (startup), pembangunan digital, serta penggalakan keusahawanan sosial.
Melalui lawatan ini, warga Politeknik Mukah (PMU) berpeluang memahami secara langsung pendekatan TEGAS dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mampan dan berasaskan teknologi, seterusnya menyesuaikan amalan terbaik tersebut dalam konteks institusi pendidikan tinggi.
Lawatan ini juga memperkukuh komitmen PMU terhadap pembangunan pelajar holistik yang bukan sahaja celik digital dan inovatif, tetapi juga berjiwa lestari.
Lawatan ini menyumbang kepada beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), antaranya:
- SDG 4: Pendidikan Berkualiti – memfokuskan pembangunan bakat muda dalam bidang teknologi dan keusahawanan.
- SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi – melalui pendedahan terhadap peluang keusahawanan dan sokongan kepada syarikat pemula.
- SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur – menggalakkan integrasi inovasi dan teknologi dalam sistem pendidikan.
- SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat – melalui kerjasama strategik antara institusi TVET dan agensi pembangunan negeri.
Galeri: