Program: Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai - “Tukar Sisa Dapat Duit”
27 Julai 2024
Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai “Tukar Sisa Dapat Duit,” adalah inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan warga Politeknik Mukah mengitar semula minyak masak yang telah digunakan. Kempen ini menawarkan insentif wang tunai kepada individu yang menyumbangkan minyak masak terpakai mereka. Matlamat kempen ini adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengelakkan pembuangan minyak masak terpakai ke dalam sistem saliran atau tanah selain meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan amalan hijau. Kaedah proses pengumpulan dilaksanakan dirumah masing-masing dan minyak masak yang dikumpul akan ditimbang, dan sumbangan akan diberi ganjaran wang tunai berdasarkan berat minyak yang diserahkan. Jumlah terkumpul jualan minyak masak bagi kempen tersebut adalah sebanyak 585kg. Kempen ini telah mendapat sokongan dan kerjasama dengan rakan kolaborasi Sekitar Bumi Hijau Sdn. Bhd. Kejayaan kempen ini bergantung kepada penyertaan aktif masyarakat dan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan kitar semula.
Galeri: