Program: Program CSR Generasi Muda Prihatin

12 Ogos 2025

Kesedaran & Kitar Semula Aluminium untuk Kelestarian Alam

Politeknik Mukah telah berjaya menganjurkan program CSR bersama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, SmartGreen PolyCC PMU, dan Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak pada 12 Ogos 2025.

Program yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang ini memberi pendedahan kepada pelajar, pensyarah, dan wakil industri tentang proses kitar semula aluminium, kepentingan mengurangkan sisa pepejal, serta amalan kelestarian alam sekitar selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Antara aktiviti menarik:

  • Demonstrasi melebur aluminium terpakai
  • Penghasilan semula produk berasaskan aluminium
  • Perkongsian ilmu daripada pegawai NREB
  • Aktiviti hands-on

Program ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap isu alam sekitar, malah memupuk nilai tanggungjawab sosial dan menggalakkan gaya hidup lestari.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Mari kita teruskan usaha bersama demi masa depan yang lebih hijau!

#PMUMukah #SmartGreenPolyCC #CSR #Sustainability #RecycleAluminium #GoGreen #SDG

 

Galeri: