GELAP UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH TERANG: KEJAYAAN PROGRAM SHADOWS FOR SUSTAINABILITY: 60 MINIT NADI BUMI PMU

Pada 23 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu, seluruh kemudahan dan bangunan di Politeknik Mukah (PMU) telah bergelap selama satu jam, bermula dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Inisiatif penutupan lampu atau Light Off ini dilaksanakan bersempena dengan program Shadows for Sustainability: 60 Minit Nadi Bumi, yang merupakan nafas baharu kepada kempen kesedaran alam sekitar (Earth Hour) anjuran JK SmartGreen PolyCC PMU.

Walaupun dilaksanakan tanpa melibatkan sebarang kos, tindakan kolektif memadamkan lampu di seluruh bangunan akademik, asrama dan kuarters telah memberikan impak yang besar dan bermakna.

Impak Alam Sekitar
Program ini berjaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik, sekali gus membantu meminimumkan pelepasan gas rumah hijau dan memberi ruang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar.

Impak Ekonomi
Program ini turut membantu mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak diperlukan serta menyumbang kepada penjimatan kos utiliti institusi secara langsung.

Impak Sosial
Selain meningkatkan kesedaran mengenai punca dan kesan perubahan iklim, program ini juga berjaya memupuk budaya tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan warga PMU.

Program ini turut menyumbang kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Bidang Tumpuan 2: Pengurusan Tenaga di PMU. Di samping itu, program ini menyokong pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG) berikut:

  • SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan
  • SDG 4: Pendidikan Berkualiti
  • SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari
  • SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengarah Program, En. Zainudin bin Mat Taib, barisan jawatankuasa JK SmartGreen PolyCC PMU, serta seluruh warga PMU yang telah berganding bahu menjayakan inisiatif murni ini.

Marilah kita bersama-sama meneruskan amalan menjimatkan penggunaan elektrik dan memadamkan peralatan yang tidak digunakan demi memastikan masa depan bumi yang lebih hijau, lestari dan sejahtera untuk generasi akan datang.

 

Galeri: