Program: Bengkel Kreativiti Penghasilan Set Kerusi Dari Tayar Terpakai
4 Julai 2024

Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Mukah (PMU) telah mengambil inisiatif mengadakan bengkel kreatif menggunakan bahan terpakai. Bengkel ini memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta berkaitan cara yang efektif dalam menggunakan tayar terpakai dalam penghasilan kerusi dan meja. Bengkel sehari ini disertai oleh seramai 26 peserta yang terdiri dari staf Jabatan Kejuruteraan Awam, Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Fasiliti, Unit Pengurusan Aset dan Unit Khidmat Pengurusan. Aktiviti ini merupakan salah satu keperluan dalam Bidang Tumpuan 3, iaitu pengurusan alam sekitar & landskap.

Galeri: