TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA PMU! KEMPEN 'GREEN ATTENDANCE REWARD' MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYA!
 
Syabas diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Mukah (PMU) atas sambutan dan komitmen yang amat luar biasa sepanjang lima hari pelaksanaan program Green Attendance Reward yang berlangsung dari 15 hingga 19 Februari 2026 yang lalu.
 
Sekalung penghargaan buat anda semua yang telah berjaya mengumpul "Green Day" dengan memilih pergerakan mesra alam ke kampus seperti berjalan kaki, berbasikal, berkongsi kenderaan (carpool), mahupun menggunakan pengangkutan awam. Pilihan harian anda ini bukan sahaja meningkatkan pergerakan aktif dan menyokong gaya hidup yang lebih sihat, malah telah membantu komuniti kita dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon di dalam kampus secara signifikan
 
Untuk makluman, kejayaan program anjuran Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PMU ini merupakan salah satu komponen penting yang menyumbang kepada penyediaan dokumentasi dan peningkatan skor PMU bagi penarafan UI GreenMetric 2026 serta MPCCSustAward 2026, khususnya bagi kategori pengangkutan.
 
Impak positif yang kita cipta bersama ini juga amat bertepatan dengan Matlamat Pembangunan Mampan, terutamanya SDG 3 (Kesihatan & Kesejahteraan), SDG 11 (Bandar & Komuniti Lestari), dan SDG 13 (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim).
 
Walaupun kempen ini telah tamat, kami berharap agar budaya pergerakan aktif, amalan harian lestari, dan inisiatif hijau ini akan terus sebati dalam gaya hidup warga kampus kita.
 
Teruskan melangkah, teruskan mengayuh, dan teruskan amalan "carpool" demi kelestarian bumi tercinta!

 

Galeri: