Nature Starts Here: Psidium Guajava

Tarikh: 27 Februari 2026
Lokasi: Green Park
Penyelaras: Masalinda binti Mansor

Laporan Aktiviti:

Program penanaman pokok Psidium guajava (jambu) di Taman Green Park, Politeknik Mukah merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan bagi memperkukuh amalan penghijauan kampus serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar. Sebanyak tiga (3) batang pokok jambu telah berjaya ditanam sebagai sebahagian daripada usaha memperkaya landskap hijau kampus. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas penanaman dan penyelenggaraan pokok buah-buahan, di samping memperindah landskap kampus serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih hijau, sihat dan kondusif.

Impak:

Program penanaman pokok Psidium guajava (jambu) menyumbang kepada kelestarian dengan meningkatkan kawasan hijau kampus, memperbaiki kualiti udara serta menyokong pemeliharaan biodiversiti. Selain memperindah landskap, program ini turut meningkatkan kesedaran warga kampus tentang kepentingan penanaman pokok buah-buahan dan amalan pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif ini selaras dengan SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan), SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim) dan SDG 15 (Kehidupan di Darat).

 

Galeri: