EMPAT PENGIKTIRAFAN DITERIMA POLITEKNIK MUKAH DI POLYCC SUSTAINABILITY AWARD 2025
29 September 2025 | Hotel Casuarina, Ipoh, Perak

Politeknik Mukah (PMU) mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih empat pengiktirafan pada PolyCC Sustainability Award (PolyCC Sust Award) 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi, yang berlangsung di Hotel Casuarina, Ipoh, Perak.

Berteraskan tema “Innovation Towards Sustainability Empowerment”, kejayaan ini menzahirkan komitmen berterusan PMU untuk mengarusperdanakan kelestarian kampus selari dengan aspirasi pembangunan mampan negara.

Senarai pengiktirafan yang diterima PMU:

  1. Anugerah UI GreenMetric World University Rankings 2024 — Kedudukan #449
  2. Anugerah Terbilang Kemampanan Pengurusan Alam Sekitar & Landskap — Juara
  3. Anugerah Gemilang Kemampanan Perolehan Hijau — Naib Johan
  4. Anugerah Cemerlang Kemampanan Pengurusan Tenaga & Perubahan Iklim — Tempat Ketiga
  5. Saguhati — Tempat Keempat

PMU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kampus, rakan industri dan komuniti setempat yang bersama-sama merealisasikan agenda hijau melalui inisiatif infrastruktur lestari, kecekapan tenaga dan air, pengurusan sisa, perolehan hijau serta pendidikan dan penyelidikan. Kejayaan ini memperkukuh kedudukan PMU sebagai peneraju amalan kelestarian dalam ekosistem politeknik dan kolej komuniti, di samping menjadi inspirasi kepada institusi lain untuk kekal komited melaksanakan inisiatif hijau secara menyeluruh.

Setinggi-tinggi penghargaan turut dizahirkan kepada Jawatankuasa SmartGreen PMU selaku nadi penggerak, serta seluruh warga kampus yang sentiasa menyokong agenda hijau dan lestari PMU.

Ts. Hamadi bin Ahmad mewakili Pengurusan Politeknik Mukah untuk menerima kesemua anugerah tersebut.

 

Galeri: