Program: Designing Green Serenity

10 Oktober 2024

Program Designing Green Serenity merupakan satu inisiatif anjuran Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah, Sarawak.
Aktiviti ini bertujuan memberikan kesedaran alam sekitar kepada para pelajar Kejuruteraan Awam.
Para pelajar menghasilkan pemijak konkrit serbaguna menggunakan sisa konkrit dan bahan buangan untuk kegunaan landskap di sekitar taman PMU.
Program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kelestarian untuk mencantikkan persekitaran bangunan Jabatan Kejuruteraan Awam.

Kepentingan Program

Peningkatan Kesedaran Alam Sekitar

  • Pelajar lebih peka terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui aktiviti berasaskan kitar semula bahan buangan.

Penghasilan Produk Berasaskan Kitar Semula

  • Pelajar berjaya menghasilkan pemijak konkrit serbaguna menggunakan sisa konkrit dan bahan buangan sebagai elemen landskap di kawasan Politeknik Mukah.


Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

SDG 11: Sustainable Cities and Communities (Bandar dan Komuniti Lestari)

  • Menggalakkan pembangunan infrastruktur landskap yang lestari di kawasan kampus.
  • Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa, dan mesra alam.
  • Menjadikan kampus sebagai contoh komuniti lestari melalui projek landskap hijau.

SDG 12: Responsible Consumption and Production (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab)

  • Menggalakkan amalan kitar semula sisa konkrit dan bahan buangan untuk menghasilkan produk baharu yang berguna.
  • Mengurangkan pembaziran bahan binaan dengan memanfaatkan semula sisa konkrit.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep circular economy (ekonomi kitaran) dalam industri pembinaan.

SDG 13: Climate Action (Tindakan Terhadap Perubahan Iklim)

  • Mengurangkan pencemaran dan sisa tapak pelupusan melalui aktiviti kitar semula.
  • Menyumbang kepada usaha mitigasi perubahan iklim dengan mengurangkan pelepasan karbon daripada industri pembinaan.
  • Mendidik pelajar tentang kepentingan tindakan proaktif dalam memelihara alam sekitar melalui projek konkrit lestari.

 

Galeri: