Program: Tukar Sisa, Dapat Ganjaran!
Politeknik Mukah melalui inisiatif SmartGreen PMU telah berjaya menganjurkan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai pada 24 Mei 2025 (Sabtu) di perkarangan JKE & JKA.
Dengan slogan "Tukar Sisa, Dapat Duit!", program ini bukan sahaja menggalakkan warga kampus mengitar semula minyak masak terpakai, malah telah berjaya mengumpul sebanyak 659.5 kilogram minyak yang kemudiannya dijual kepada syarikat berlesen Sekitar Bumi Hijau Sdn. Bhd. dan menghasilkan pulangan bernilai RM1,319.00.
Program ini bertujuan memberi kesedaran bahawa minyak masak terpakai tidak boleh dibuang ke dalam sinki kerana boleh mencemarkan sistem saliran dan alam sekitar. Sebaliknya, ia boleh dikumpul, dijual semula dan diproses menjadi produk mesra alam seperti biodiesel.
Terima kasih kepada semua pelajar, staf dan komuniti setempat yang terlibat serta menyokong usaha kelestarian ini.
Mari teruskan usaha kecil ini untuk impak besar kepada bumi.
Galeri: