Program: Kempen Kitar Semula Bahan Terpakai
28 Februari 2025

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga Politeknik Mukah (PMU) yang telah memberi kerjasama dan komitmen dalam mengumpul bahan terpakai bermula dari 23 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025.

Pengumpulan bahan kitar semula yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut tersebut telah berjaya mengumpul sisa seberat 7,048.6 kilogram dengan jumlah jualan sebanyak RM1,136.50.

Program yang dianjurkan oleh SmartGreen PolyCC PMU dengan kerjasama Syarikat S.A.R Enterprise bertujuan untuk memupuk budaya kitar semula dalam kalangan warga PMU sekaligus dapat menjana kewangan dari hasil penjualan bahan kitar semula. Program ini diharapkan dapat meningkatkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian, memupuk semangat cintakan alam sekitar dan mengurangkan penghasilan sisa buangan di tapak pelupusan sampah.

Teruskan usaha hebat ini, PMU!

 

Galeri: